Mini Sausage Bun

Minggu lepas ada aktiviti cuti sekolah untuk anak-anak di Riyadh. Jadi kaum-kaum ibu turut serta membantu menyediakan makanan untuk sarapan pagi, tengahari sampai ke malam. Untuk sarapan pagi saya buat Mini Sausage Bun untuk budak-budak tu. Saya buat 4 adunan resipi di bawah, dapat 72  ketul roti. Sausage tu direbus terlebih dahulu kemudian di potong 2. Resipi menggunakan resipi bun favourite saya iaitu Sweet Bun Alan Ooi.

Dalam gambar tu ada 2 jenis roti, satu mini sausage bun dan satu lagi plain bun tapi kosong kan. Actually, yang plain tu, adunannya saya lupa letak bread improver. Jadi sebab takut dia tak lembut atau keras, saya buat adunan lain. Adunan yang salah tu saya malas nak gentel kecil-kecil, jadi saya rollkan jadi 4 bantal panjang. Alhamdulillah walaupun tak letak bread improver, roti tetap lembut sampai esoknya. Saya makan cicah sambal sardin :D

Basic Sweet Bun
Sumber : Alan Ooi

Bahan A
300 g high protein flour / 300 g tepung biasa + 1/2 sudu teh bread improver
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar serbuk susu
50 g gula kastor

Bahan B
125 ml air
1 1/2 sudu teh yis
1 biji telur (gred B)

Bahan C
40 g mentega

Untuk Sapuan
Susu Segar

Cara-caranya

  1. Campurkan bahan A ke dalam mixer dan kacau sehingga sekata. Masukkan bahan B dan pukul hingga terbentuk doh. Campurkan bahan C dan pukul hingga doh licin dan elastik.
  2. Biarkan doh dalam mangkuk. Tutupkan dengan kain yang lembap dan tinggalkan di tempat yang hangat(warm) sehingga 35 minit atau sehingga doh naik 2 kali ganda.
  3. Sekiranya menggunakan breadmaker, masukkan air terlebih dahulu ke dalam breadmaker diikuti dengan tepung diikuti dengan bahan-bahan lain. Pastikan garam dan yis tidak kena antara satu sama lain sebelum ia digaul oleh breadmaker kerana garam boleh mematikan yis. Pilih mode ‘dough’ pada breadmaker. Ia akan menguli dan naik di dalam breadmaker.
  4. Setelah naik, bahagikan doh kepada bahagian2 yang seberat 35 g.
  5. Masukkan inti ke dalam doh.
  6. Susunkan ia ke atas dulang yang telah digris. Rehatkan ia sehingga ia naik dua kali ganda sekali lagi dalam lebih kurang 40 minit.
  7. Sapukan dengan susu segar di atas bun.
  8. Bakar bun dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 15 minit.

Related posts:

  1. Serunding & Sausage Bun

Posted on February 18, 2010

Category : Roti & Bun

Tags: , ,

2 Comments


    Related Posts

2 Comments → “Mini Sausage Bun”


  1. WENDELL

    1 month ago


    PillSpot.org. Canadian Health&Care.No prescription online pharmacy.Special Internet Prices.Best quality drugs. Low price pills. Order pills online

    Buy:Retin-A.Prevacid.Valtrex.Zovirax.Nexium.Lumigan.Prednisolone.Zyban.Actos.Arimidex.Accutane.Petcam (Metacam) Oral Suspension.100% Pure Okinawan Coral Calcium.Human Growth Hormone.Mega Hoodia.Synthroid….


  2. automatic

    1 week ago


Leave a Reply

Other Links