Hari tu ternampak kawan buat sushi di facebook, dan kebetulan beberapa hari selepas itu, di sekolah anak ada majlis macam year end concert kalau kat Malaysia. Ada jualan amal makanan untuk tabung sekolah. Ada yang jual sushi. Saya pun saja la beli untuk cuba. Sebelum ni not a bog fan of sushi especially sushi dengan raw stuff. Tapi yang hari tu punya, jenis california roll, takde benda mentah di dalamnya. Saya rasa sedap pulak. Jadi teringin pula nak buat sendiri. Jadi inilah hasilnya. Saya ada buat yang jenis biasa (taat pada resipi) dan jenis yang lain dari biasa (saya goreng ikan masin, blend dan tabur dalam sushi
dan juga yang luar saya gilingkan atas serunding, maaflah tekak melayu nak buat camana).
Sushi
3 cawan beras sushi
3 cawan air
1/3 cawan besar rice vinegar
3 sudu besar gula
2 sudu teh garam
Inti
Telur dadar digoreng nipis dan dipotong setebal 1/2 cm
Sausage direbus juga dipotong nipis
Crab Stick
Timun dibuang bahagian tengah
Carrot
Avocado
Kesemua sayuran di atas saya perahkan dengan jus limau supaya dia rasa masam sikit dan dipotong nipis
Cara
1. Basuh dan rendamkan beras sushi selama 1/2 jam.
2. Masak beras sushi di dalam periuk nasi seperti masak nasi biasa.
3. Apabila sudah masak, biarkan selama 10 minit.
4. Satukan rice vinegar, gula dan garam. Gaul hingga semuanya agak hancur.
5. Keluarkan nasi sushi dari periuk masukkan ke dalam mangkuk, kemudian masukkan bahan campuran tadi. Gaul rata.
6. Seterusnya kaedah menggulung sushi boleh dilihat di video di bawah.
No related posts.

JOSHUA
1 month ago
Buy:Advair.Benicar.Zocor.Lipitor.Acomplia.Lasix.Lipothin.Buspar.Ventolin.Female Cialis.Nymphomax.SleepWell.Aricept.Wellbutrin SR.Zetia.Seroquel.Female Pink Viagra.Amoxicillin.Prozac.Cozaar….