Beberapa hari lepas saya ada test buat sayur jeruk lepas cuba makan kimchi dari Asean Bazaar. Sedap dimakan dgn asam pedas ni. InsyaAllah lepas ni boleh la buat sendiri. Sendiri buat lebih yakin nak makan kan
Ni first trial. Kalau nak cuba boleh la guna resipi kat bawah ni. Mungkin later boleh adjust tahap kemasaman yang disukai ye.1 biji kobis china (saiz kecik punya)
Homemade Sayur Jeruk
Bahan-bahan
6 cawan air
4 sudu besar garam
1 sudu besar garam lagi
1 sudu besar gula
Sedikit pewarna kuning
Cara
- Bahagi 4 kobis tadi. Buang bahagian pangkal dia yang keras tu.
- Basuh bersih.
- Dalam bekas lain (yang bertutup), bancuh air dengan garam tadi.
- Rendamkan kobis tadi dalam air ni. Pastikan kobis2 tu terendam dalam air. Kalau terapung himpapkan dengan piring kasi berat. Tutup bekas.
- Biarkan pada suhu bilik selama 12 jam.
- Selepas 12 jam, kobis tu akan lembik sedikit. Keluarkan dari bekas tadi. Perahkan sikit kobis tu. Basuh dengan air.
- Kemudian lumurkan dengan balance garam dan gula tu.
- Masukkan dalam bekas kecik sikit. Tuangkan air garam yang dibuat rendam kobis mula2 tadi. Biarkan sampai tenggelam kobis tu. Titiskan pewarna kuning.
- Simpan diluar selama 2 hari. Kemudian boleh simpan dalam peti ais.
- Saya tak pasti berapa lama boleh simpan. Tapi jangan lah lama2 sangat sebab takde pengawetkan. Buat sikit2 ye
No related posts.

yai_leo2002
9 months ago
salam…
nak tanyalah skit…kobis china tue mcm kobis bulat tue ker..yang buat masak lemak putih …sbb saya suka makan sayur jeruk nie…tapi selalu beli yang dah siap tak pernah lagi buat sendiri…
jeni
9 months ago
Yai Leo,
boleh tengok gambar kobis china / napa cabbage ni di link yang diberi ni ye.
http://www.maangchi.com/ingredients/napa-cabbage
Kalau cuba jangan lupa bagitau saya ye
yai_leo2002
9 months ago
salam..
kalu kobis tue biasa makan….insyaallah saya akan cuba buat
jeni
9 months ago
good luck ya.