Chicken Curry Bun

Basic Sweet Bun
Sumber : Alan Ooi

Bahan A
300 g high protein flour / 300 g tepung biasa + 1/2 sudu teh bread improver
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar serbuk susu
50 g gula kastor

Bahan B
125 ml air
1 1/2 sudu teh yis
1 biji telur (gred B)

Bahan C
40 g mentega

Untuk Sapuan
Susu Segar

Inti
Chicken Curry
2 ketul chicken breast, dipotong dadu
1 biji bawang besar (size sederhana), dikisar
2 ulas bawang putih, dikisar
1 biji kentang, dipotong dadu
1 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara-caranya

Untuk Bun

  1. Campurkan bahan A ke dalam mixer dan kacau sehingga sekata. Masukkan bahan B dan pukul hingga terbentuk doh. Campurkan bahan C dan pukul hingga doh licin dan elastik.
  2. Biarkan doh dalam mangkuk. Tutupkan dengan kain yang lembap dan tinggalkan di tempat yang hangat(warm) sehingga 35 minit atau sehingga doh naik 2 kali ganda.
  3. Sekiranya menggunakan breadmaker, masukkan air terlebih dahulu ke dalam breadmaker diikuti dengan tepung diikuti dengan bahan-bahan lain. Pastikan garam dan yis tidak kena antara satu sama lain sebelum ia digaul oleh breadmaker kerana garam boleh mematikan yis. Pilih mode ‘dough’ pada breadmaker. Ia akan menguli dan naik di dalam breadmaker.
  4. Setelah naik, bahagikan doh kepada bahagian2 yang seberat 35 g.
  5. Masukkan inti ke dalam doh.
  6. Susunkan ia ke atas dulang yang telah digris. Rehatkan ia sehingga ia naik dua kali ganda sekali lagi dalam lebih kurang 40 minit.
  7. Sapukan dengan susu segar di atas bun.
  8. Bakar bun dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 15 minit.

Untuk Inti

  1. Tumis bawang-bawang di dalam kuali.
  2. Apabila sudah naik bau, masukkan kentang dan goreng hingga agak layu.
  3. Kemudian masukkan ayam goreng seketika.
  4. Masukkan rempah kunyit dan kari. Sekiranya terlalu kering, masukkan sedikit air dan goreng sehingga ayam masak.
  5. Rasakan dengan garam.

No related posts.

Posted on November 27, 2009

Category : Others & Roti & Bun

Tags: , ,

0 Comments


Leave a Reply

Other Links