Cucur Udang

Hari Raya Haji hari ni tak masak apa-apa yang special sebab Encik Suami pergi haji, jadi satu family duduk di rumah sahaja. Lauk semalam pun banyak lagi tak habis. (Buat acara berbuka puasa dengan jiran-jiran tetangga semalam). Jadi pagi ni terasa nak buat cucuq udang.

Cucur Udang

Bahan-bahan

Tepung gandum dalam 400 gm
TaugehBawang hiris halus
Daun bawang (Kalau ada daun kucai lagi sedap)
Carrot disagat halus juga
Udang
Air secukupnya
1/2 sdt baking powder
1/4 sdt serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara

1. Campurkan semuanya kecuali udang. Air adjust jangan pekat sangat.
2. Panaskan minyak yang banyak. Minyak tak boleh sikit nanti cucur tak kembang tapi kempis.
3. Kaut bancuhan dgn sudu letak udang seekor.
4. Masukkan dalam minyak. Angkat dan toskan bila dah terapung dan masak.

Related posts:

  1. Kuah Cucur Udang / Popia Goreng

Posted on November 27, 2009

Category : Kuih-Muih

Tags: , ,

0 Comments


    Related Posts

Leave a Reply

Other Links