Pizza di dalam gambar ini menggunakan ready mix pizza base yang dibeli dari pasaraya di sini. Kita hanya perlu tambah air dan yis. Proses menguli juga menggunakan breadmaker sahaja. Senang kerja. Selepas doh pizza naik di dalam breadmaker, keluarkan dan tumbuk doh untuk keluarkan angin. Kemudian uli dan letakkan doh di atas pan pizza. Biarkan ia naik sekali lagi. Setelah naik sapukan doh dengan minyak zaitun. Saya bakarkan separuh masak terlebih dahulu dan sapukan sos pizza serta bawah lain di bawah. Kemudian, sambung bakar sehingga masak.
Sos Pizza
1 tin tomato paste / 425 gm
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih dadu
2 sdb sos tomato
Sedikit oregano / italian seasoning
Sedikit dried basil
2 sdb grated parmesan
Garam dan gula secukup rasa
Topping di atas menggunakan daging burger ayam yang dipotong kecil
Cili capsicum merah, kuning dan hijau
Mozarella cheese
No related posts.

yong
9 months ago
uit jeni… gambar itu telah menggugat keimananku.. ko kijam!!!
blogresipi
7 months ago
Wah…boleh try nanti sebab selalu beli sos pizza yang ready made. Mahal.